Tatkala azan Subuh berkumandang, semestinya ramai yang masih bergantayangan atau hibernasi [baca : tido]. "Marilah kita solat"."Marilah kita menuju kejayaan". Sucinya Islam, di pagi hari lagi telah menyeru kita supaya menuju kajayaan. Akan tetapi, masih ramai yang tidak mensyukuri setiap pamberianNya. Tamak, "seperti anjing dengan bayang-bayangnya." Mempunyai hasad dengki terhadap rezeki orang lain, dan pelbagai lagi tingkah laku setiap insan setiap hari yang telah mencorakkan duniawi ini.
Tanpa akal, keyakinan, dan usaha, maka mustahil seseorang itu akan berjaya pada harinya. Hidup berani untuk gagal adalah satu cahaya bagi seseorang itu untuk memiliki kejayaannya sendiri. Percaya lah, setiap apa yang kita lakukan, tanpa kita sedar, kita banyak menyentuh perasaan orang lain. Dipandang oleh beribu insan. Jangan kita ungkapkan perkataan, "kubur aku dan kubur kau berbeza, jangan kau nak menegur ku." Tidak. Terima lah nasihat itu kerana kejayaan hidup kita bermula dari kegagalan.
Setiap hari kita dibangunkan dengan ayat-ayat positif. kenapa kita tidak mahu mencari kejayaan itu? Kejayaan setiap orang berbeza. bukannya semua akan menjadi perdana menteri, baru digelar berjaya. tidak semestinya anda keluar dari rumah, anda mampu membawa pulang wang tunai RM1Juta baru di takrifkan anda berjaya. Yang penting, kita hanya mencuba sesuatu supaya kita mampu mengubah diri kita lebih baik dari saat sebelumnya. Walaupun kita sudah mencuba berkali-kali, jangan mengalah jika kita yakin, itu dijalan yang benar. Teruskan walaupun kita pernah gagal dengan cara itu. Ingat, "Hidup mestilah berani untuk gagal" supaya kita dapat memperbaiki kesilapan kita. Barulah kita mampu mencari kejayaan sebenar.
Berani kerana benar. Ungkapan yang sering kita dengar. Akan tetapi, adakah ungkapan ini sesuai pada semua tempat? Berani mengejar peragut walaupun tahu nyawa kita terancam. Adakah ini berani kerana bernar? atau menegur blogger baru [baca : newbie], dengan mengelarkan mereka dengan kata-kata yang tidak sedap kita dengar. Dan mengaku diri itu 'otai blogger' kerana telah lama dan menerima hit tinggi setiap hari. Adakah teguran seperti otai ini boleh dianggap berani kerana benar? bincangkan. Pada pandangan aku insan yang biasa ini, bagi aku, newbie ini boleh dikatakan hidup berani untuk gagal dalam percubaannya itu. Sesuai? - (adakah aku berani mati kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada otai itu? Yeah. berani kerana benar!pasti kejayaan di depan.)
Berani mati. Apakah ayat yang seangkatan lain? mati katak? hati kering? hidup berani dan gagal? Ungkapan yang sering dilaungkan para rempit dan kaum sejagat yang perlu kita hapuskan. Kerana mereka, kerana penagih dadah yang hidup berani dalam gagal ni lah yang telah mewujudkan banyak kes ragus. "selagi wujudnya penagih ini, kes ragut tidak akan dapat di berhentikan"-Musa Hassan. Bagaimana kita mahu hentikan jika setiap hari dianggarkan 5 penagih baru dilahirkan.
Berani kerana kekasih? adakah boleh kita golongkan ungkapan ini dalam hidup berani untuk gagal? Bagi aku, tidak semua percintaan muda yang berjaya. Pasti ada setiap darah muda ini, titik hitam mengenangkan keksaih lama. Jangan pandang pada gagal itu. teruskan hidaup kita dengan keberanian yang ada. 'Ya. aku berani untuk datang berjumpa kekasih aku untuk menghiburkan hatinya. Walaupun aku gagal menggembirakan hatinya sebelum ini.' adakah ini dianggap kejayaan? kerana dia menerima ku dengan hati yang terbuka. Renungkan.
'Sayang ibu tiada taranya.' hiduplah anda dengan berani untuk menghadapi kegagalan. kerana jasa ibu yang telah melahirkan kita, mari kita renungkan hidup kita sejak kita dilahirkan. Supaya kita boleh perbaiki setiap kegagalan yang kita hadapi untuk kejayaan.
Aku tahu contest 'Hidup Berani Untuk Gagal" dari x-po. Thanks beb.
Hadiah bernilai lebih RM3750 disediakan untuk contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Ditaja oleh DSGClicks, Berani Gagal Networks, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall, dan Saudacare.




